Saturday, August 11, 2007

CUTI-CUTI @ PULAU TIOMAN, PAHANG

PULAU TIOMAN, PAHANG


Percutian di Pulau Tioman pada 27 hingga 29 Julai 2007. Kami menginap di SUN BEACH RESORT. Lokasi resort ni terletak kat Kampung Genting. Cadangan pada yang teringin ke sana, pada saya kat sini resort dia sikit 'crowded' la. Banyak resort yang rapat-rapat, so tak 'privacy' sangat la. Tapi kat sini ada kedai runcit, kedai makan, klinik dan masjid. Servis dan makanan kat sini boleh dikatakan memuaskanlah, belum sampai tahap baik lagi. Ini pendapat saya tau.





Salah satu mercutanda bagi resort ni, masa air pasang cantik tapi bila air surut tak menarik pasal dia punya dasarnya banyak batu.

Inilah rupa pantai yang ada depan resort ni, nampak cantik tapi tak sesuai untuk mandi-manda, banyak batu la kat situ lagipun tak nampak ada ikan la. Jadi kalau nak snorkeling memang tak sesuai, kena naik bot pergi kat port lain. Selalunya ada sekali dalam pakej.


Ini antara pemandangan yang boleh dilihat kat sana. Pemandangan lautan luas dan mendamaikan.


Lain-lain gambar ada kat sini ; Pulau Tioman

No comments:

Post a Comment