Sunday, December 25, 2011

Santai @ Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu

Dalam perjalanan untuk balik kampung dari Kelantan, sesambil singgah beli perencah ikan bakar di Setiu, sempat la singgah makan tengahari makan sotong, ikan dan udang celup tepung (mahal gok, lebihkurang RM30 jugok tu) di Pantai Rhu Sepuluh ni



  Masa ni musim tengkujuh...jadi tak sesuai la untuk mandi-manda.......tapi anak-anak aku termandi jugak sebab jatuh masa nak basuh tangan...abih basoh jerruk....mujur ada baju spare. Ni la rupanya....

Antara gambar yang sempat diambil (not so good pics, using phone camera only)

Lain-lan gambar di sini......Pantai Rhu Sepuluh

Santai @ Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu.

Salah satu pantai yang terdapat di Dungun. Belum tercemar dengan deretan resort atau chalet komersil mahupun hotel berbintang-bintang namun pantainya tercemar dengan sampah sarap.
Sayang, pantainya cantik tapi tak terjaga. Harap pihak berkaitan ambil tindakan.


Masa ni musim tengkujuh, ombak pun besar tidak sesuai untuk mandi-manda.....juga berbahaya kepada bot-bot kecil. Singgah sekadar menunaikan hajat anak-anak untuk ke pantai.
Koleksi gambar kat sini boleh lihat di sini (combined dengan gambar Pantai Rhu Sepuluh, Setiu)....Pantai Teluk Bidara

Friday, May 27, 2011

Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak..

Masa tak berapa mengizinkan...aku tepekkan gambo je dulu..nanti aku update balik..ni sikit gambornye....dah uploadkan semua aku sambung citenye...



lelain gambor aku tepek kat sini...tp belum habis upload lagi...IPOH MALI

Monday, May 16, 2011

Santai di Sungai Besar & Sabak Bernam (entry selepas lama sesangat tak update blog..)

Oleh sebab aku dah lama tak pergi bercuti, jadi blog ni pun cuti la daripada ditempek dengan entri terbaru...Kali ini just nak tempekkan sikit gegambor yang disnap semasa jalan-jalan santai sambil pergi konvo adik aku di Politeknik Sabak Bernam (nama rasminya ku lupa la...)Pergi tak lama, 2hari 1 malam je & lepak kat homestay di Sungai Besar (adik pompuan aku sponsor)..
Ni la sikit gegambornya untuk memeriahkan sikit blog cuti-cuti Malaysia aku ni...

Aku juga ada buat posting pasal ni di blog aku yang lagi (blog domain sendiri tu..), tengok la kat sini, www.immali.com (kalau nak tengok la..)

Ada lagi, gegambor lain, kalau nak tengok jengah kat sini...santai di Sungai Besar..