Saturday, August 11, 2007

CUTI-CUTI @ PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU


PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU


Percutian selama 3 hari 2 malam di D'Coconut Lagoon Resort ni memang menarik jika berminat untuk snorkeling. Pulau ini sebenarnya kurang dikenali ramai dan tidak seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Pulau Lang Tengah ni terletak di tengah antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Cuma terdapat tiga resort dan bagi saya D'Coconut Lagoon Resort paling menarik, lagi pun ada kolam renang yang cantik dan menghadap ke laut.

Ni pemandangan mentari muncul pada waktu pagi tapi tak secantik di Pulau Redang kerana terlindung sedikit.

Pemandangan ni diambil dari atas resort. Kawasannya yang sedikit berpantai tu sesuai untuk mandi dan juga cukup sesuai untuk snorkeling. Kat situlah saya snorkeling dan nampak sepasang baby shark, tak payah pergi jauh pun takpe. Kat area situ jugak ada pemandangan karang laut yang cantik.


Pulau ni sebenarnya lebih dikenali pelancong luar daripada pelancong tempatan. Masa saya dan keluarga pergi tu kebanyakannya pelancong luar, cuma empat orang je orang tempatan termasuk keluarga saya.

Kat sinilah spot menarik untuk snorkeling berhampiran resort. Kat situlah ada karang yang cantik, tak payah pergi jauh.

Senang cerita Pulau Lang Tengah ni memang cantik untuk aktiviti snorkeling tetapi kurang sesuai untuk bawak anak-anak mandi pantai pasal karangnya banyak sangat sampai ke tepi pantai.

Lain-lain gambar boleh tengok kat sini ; Lang Tengah Island

No comments:

Post a Comment