Saturday, August 25, 2007

CUTI-CUTI TANAH TINGGI @ GENTING HIGHLAND, PAHANG





Ni masa dalam cable car dalam perjalanan naik ke Genting Highland dengan anak dan isteri aku. Hari tu adalah hari ulangtahun perkahwinanan kami yang ketiga (18 Januari 2007).















Dan yang ni pulak gambar pemandangan yang aku ambik dari dalam cable car, gayat tu. Kat area tu la kita orang nampak sepasang kambing gurun secara live (bukan dalam gambar tau), tapi tak sempat nak ambik gambar la.








Antara pemandangan yang menarik semasa di Genting Highland. Berkabus dan sejuk tu.













Antara permainan yang terdapat di Genting Outdoor Theme Park dengan berlatarbelakang hotel dengan warnanya yang colourful tu.








Anak aku tengah seronok bermain buaian. Bukan main suka dia dapat pergi berjalan.





Lain-gambar ada di sini ; GENTING HIGHLAND

CUTI-CUTI @ BUKIT TINGGI, PAHANG


BUKIT TINGGI, PAHANG



Ini salah satu tempat yang menarik kat Bukit Tinggi, Pahang iaitu Japanese Village (Kampung Orang Jepun ?). Antara yang menarik kat situ ada tertulis kat signboard yang aku dan anak bini aku dok posing tu.


Tetapi bagi aku tak la menarik sangat. Cuaca kat sini boleh tahan jugakla sejuknya, ye la 3500 kaki dari aras laut tingginya mau tak sejuk.




Ni pulak lagi la takde yang menariknya, cuma gambar mamat yang belanje kitorang datang kat sini merangkap drebar (and babysitter?).

Ni pulak antara pemandangan kat situ yang boleh dikatakan menarik jugak la.






Gambar ni pulak menunjukkan tempat yang dinamakan Colmar Tropicale. Satu kawasan yang dibina berdasarkan senibina orang-orang Perancis (tak taula apa motif diorang buat semua tu kat tempat kita). Kat sini ada banyak tempat makan dan hotel kalau nak bermalam tetapi kat sini makanannya memang mahal gile. Masa kitaorang pergi tu, beli la karipap yang harganya 4 ketul RM 5.00. Tu baru karipap, belum bende lain.







Dan ini lagi satu senibina yang menarik. Tak tau la apa namanya, tapi aku rasa macam kawasan istana je diorang buat.

Saturday, August 11, 2007

CUTI-CUTI @ PULAU TIOMAN, PAHANG

PULAU TIOMAN, PAHANG


Percutian di Pulau Tioman pada 27 hingga 29 Julai 2007. Kami menginap di SUN BEACH RESORT. Lokasi resort ni terletak kat Kampung Genting. Cadangan pada yang teringin ke sana, pada saya kat sini resort dia sikit 'crowded' la. Banyak resort yang rapat-rapat, so tak 'privacy' sangat la. Tapi kat sini ada kedai runcit, kedai makan, klinik dan masjid. Servis dan makanan kat sini boleh dikatakan memuaskanlah, belum sampai tahap baik lagi. Ini pendapat saya tau.





Salah satu mercutanda bagi resort ni, masa air pasang cantik tapi bila air surut tak menarik pasal dia punya dasarnya banyak batu.

Inilah rupa pantai yang ada depan resort ni, nampak cantik tapi tak sesuai untuk mandi-manda, banyak batu la kat situ lagipun tak nampak ada ikan la. Jadi kalau nak snorkeling memang tak sesuai, kena naik bot pergi kat port lain. Selalunya ada sekali dalam pakej.


Ini antara pemandangan yang boleh dilihat kat sana. Pemandangan lautan luas dan mendamaikan.


Lain-lain gambar ada kat sini ; Pulau Tioman

CUTI-CUTI @ PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU


PULAU LANG TENGAH, TERENGGANU


Percutian selama 3 hari 2 malam di D'Coconut Lagoon Resort ni memang menarik jika berminat untuk snorkeling. Pulau ini sebenarnya kurang dikenali ramai dan tidak seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Pulau Lang Tengah ni terletak di tengah antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Cuma terdapat tiga resort dan bagi saya D'Coconut Lagoon Resort paling menarik, lagi pun ada kolam renang yang cantik dan menghadap ke laut.

Ni pemandangan mentari muncul pada waktu pagi tapi tak secantik di Pulau Redang kerana terlindung sedikit.

Pemandangan ni diambil dari atas resort. Kawasannya yang sedikit berpantai tu sesuai untuk mandi dan juga cukup sesuai untuk snorkeling. Kat situlah saya snorkeling dan nampak sepasang baby shark, tak payah pergi jauh pun takpe. Kat area situ jugak ada pemandangan karang laut yang cantik.


Pulau ni sebenarnya lebih dikenali pelancong luar daripada pelancong tempatan. Masa saya dan keluarga pergi tu kebanyakannya pelancong luar, cuma empat orang je orang tempatan termasuk keluarga saya.

Kat sinilah spot menarik untuk snorkeling berhampiran resort. Kat situlah ada karang yang cantik, tak payah pergi jauh.

Senang cerita Pulau Lang Tengah ni memang cantik untuk aktiviti snorkeling tetapi kurang sesuai untuk bawak anak-anak mandi pantai pasal karangnya banyak sangat sampai ke tepi pantai.

Lain-lain gambar boleh tengok kat sini ; Lang Tengah Island

CUTI-CUTI @ PULAU REDANG, TERENGGANU

Kita orang bercuti selama 3 hari 2 malam di Redang Bay Resort. Resort ni servis dia memang memuaskanlah. Makanan dia pun sedap dan pakej dia ni banyak kali makan la, sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Snorkeling trip dia pulak tiga kali dan salah satunya diaorang bawak kat Marine Park tapi kena bayar satu kepala RM 5.00.
Ni pulak gambar pantai dia. Dikenali dengan nama Long Beach (Pantai Pasir Panjang). Pantai dia memang cantik dan memang sesuai untuk mandi-manda. Airnya memang jernih dan boleh nampak ikan lagi, tapi dilarang sama sekali untuk ditangkap. Gambar ni diambil pada waktu pagi lebihkurang jam 7.00 pagi, tu pasal orang tak ramai, belum bangun tidur. Kalau tak mesti ramai yang mandi.

Ini antara pemandangan yang indah pada waktu pagi kat sini. Melihat mentari naik tapi kena bangun pagi la, kalau pukul 9.00 pagi bangun mintak maap le, takde lagi dah.
Ini merupakan satu kawasan pantai yang berteluk dan kat sini pun sesuai untuk snorkeling, tak pergi jauh pun takpe.Kalau nak menarik bawak la roti dan boleh rasa pengalaman memberi makan ikan di tangan.