Monday, November 12, 2007

CUTI-CUTI PANTAI

PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA









Gambar pemandangan di Pantai Pengkalan Balak, Melaka di mana para pengunjung sedang bersantai dan bermain pantai. Hari tu sebenarnya Hari Raya Aidiladha bersamaan 31 Disember 2006.


Antara pemandangan kat sana, kitorang tak balik kampung jadi pergi bersantai kat sini je la.














Ni tengah berenang dan berendam kat kolam renang yang ada kat chalet kitorang duduk, Kamunting Beach Resort, kepunyaan sahabat lama saya. Dapat la diskaun sikit.












Ni reaksi atau respon muka bini aku yang sedang menunggu ketibaan makanan yang diorder tak sampai-sampai.














Anak aku pun dah boring menunggu, sampai nak makan meja dah tu.







Ni koleksi gambar aku dan anak aku kat sana.




CUTI-CUTI TASIK

somethings happen to my pics..under construction...!!!!!!!!!

TASIK KENYIR, TERENGGANU






Ni air terjun kecik yang ada kat pintu masuk Empangan Kenyir. Orang kat sana panggil Pancur.












Pemandangan kat jeti Empangan Kenyir. Kat sinilah tempat bot-bot penangkap ikan parking. Kalau nak pergi memancing pun selalunya ikut sini.











Antara pemandangan yang terdapat kat sana.













Ni aku dan dua orang sepupu masa pergi kat sana.












Ni gambar masa lepak-lepak dan sembang-sembang di malam hari.










Ni pulak hasil tangkapan yang paling boleh dibanggakan walaupun sebenarnya pancing orang tapi saya yang layan. Ni ikan belida namanya, tapi banyak tulang. Dikorbankan untuk jadi lauk kat sana jugak.










Gambar seksi sambil posing dengan dua ekor ikan toman yang bukan dipancing tapi dijaring. Jangan tengok yang memegang (seksi le) tapi tengok le apa yang dipegang.












Ni pulak sape entah candid masa aku tengah nak pakai baju.










CUTI-CUTI SANTAI 3

ZOO NEGARA, ULU KELANG







Berehat sekejap sebelum memulakan perjalan penerokaan di dalam ZOO NEGARA.













Tu masa tengok gajah, anak aku takut tengok gajah. Besar sangat kut gajah tu.







Ni pulak gambar masa tengok pertunjukan singa laut.















Anak aku tengah tengok orang utan. Berani la dia pasal menatang tu duduk dalam sangkar cermin.















Inilah salah seekor penunggu ZOO NEGARA, namanya beruang madu.









Saturday, October 6, 2007

CUTI-CUTI SANTAI 2


AQUARIA, KLCC




Masa kat Aquaria KLCC, tu yang terjelir tu kawan aku dan jadi drebar kitorang ari tu. Tu kalau letak kat akuarium Aquaria KLCC tu mesti menjadi tarikan utama. Pastu letak signboard tulis spesies baru ditemui 'BUNTAL JADIAN' merangkap maskot Aquaria KLCC.










Ni rasanya salah satu spesies belut ni. Tak tau betul ke tidak.













Yang rasanya aku kenal bangat, spesies kura-kura ni. Apa yang dia dok mendongak kat atas tu.






Yang ni masa kat luar dah, berlatarbelakangkan Suria KLCC.

CUTI-CUTI SANTAI 2

AQUARIA, KLCC


Antara spesies marin yang ada kat Aquaria, KLCC







Ni ikan jerung.











Dan yang ni pun jerung, bahaya tau, boleh makan orang ni.














Yang ni pulak ikan pari. Pun bahaya jugak, boleh mati kena sengat dia ni. Steve Irwin pun mati kena sengat dia ni. Tapi kalau bakar, cicah dengan air asam, laaaaaagi sedap. he.... he......he...

CUTI-CUTI SANTAI 1

EYE ON MALAYSIA, TAMAN TASIK TITIWANGSA




Ni gambar anak aku masa kat Taman Tasik Titiwangsa. Anak aku duk menangis ajak gi berjalan, aku bawak la kat siniergi naik Roda Ferris @ Eye On Malaysia. Boleh tahan ramai jugak la orang kat sini masa tu walaupun bukan malam minggu.










Yang ni pulak gambar bunga api. Diorang ada buat pertunjukan bunga api sekali. Dengar ceritanya satu malam kos untuk pertunjukan bunga api ni lebihkurang RM 20,000 jugak la semalam. Banyak habih duit tu.








Ni antara gambar menarik yang dapat aku ambik kat situ.














Ni pulak gambar menarik dari posisi kepala sendeng, jangan lama-lama nanti sakit tengkok.















Gambar pada waktu siang, tak menarik sangat la.















Yang ni nampak menarik, macam dalam poskad la gambar yang aku ambik tu (boleh jadi photographer tu, he he he).













Satu lagi gambar anak aku berlatarbelakangkan roda ferris dari posisi kepala sendeng.











Aku tiga beranak masa kat atas gondola tu. Juga posisi kepala sendeng.













Lagi satu gambar yang boleh kata menarik.

Saturday, September 8, 2007

CUTI-CUTI TANAH TINGGI @ AIR TERJUN BERKELAH, MARAN, PAHANG












Gambar kat pintu masuk ke Air Terjun Berkelah. Gambar ni diambik masa dah nak balik sementara tunggu lori datang ambik kitaorang untuk dibawa keluar. Masa nak masuk kena sampai kat sini awal pagi, lebihkurang 4 atau lima pagi, pasal perjalanan untuk sampai kat campsite lebihkurang satu jam mendaki dan dalam gelap tau, kalau tak lambat la nak sampai. Masa tu nak masuk kat sini kena naik lori pasal lalu ikut jalan yang tak berturap.











Sinaran mentari yang memancarkan sinarnya di pagi hari (untuk tatapan yang bangun awal pagi je).











Satu lagi pemandangan yang indah dan mendamaikan di pagi hari. Lihatlah suasananya yang menarik dengan kabus yang mendinginkan.














Di kawasan inilah campsite kitaorang. Airnya sejuk gile tu. Nampak tak arca batu yang tegak tu, hasil karya mereka-mereka yang takde keje le tu.






Aku sedang posing dengan berlatarbelakangkan airterjun yang tertinggi kat situ.


















Ni pulak masa aku tengah masak, sempat lagi posing tu. Tang masak nampak aku sorang je yang jadi chefnya, yang lainnya mana?










Tapi time makannya, tu dia satu kampung keluar. Baru nampak muka semua. Tu yang sorang tu sampai tertonggeng ambik makanan (bini aku le tu, masa tu tengah bertunang), mesti sedap aku masak tu sampai tak angkat muka semua tu.








Ni antara koleksi menarik air terjun yang sempat aku ambik kat sana.















































Ahli-ahli yang menyertai program selama dua hari dua malam kat Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang (tapi ada sorang takde dlm gambar tu, yg tukang ambik gambar)









Gambar lainnya di sini: AIR TERJUN BERKELAH, MARAN, PAHANG